"Jadikan kegagalan Hari Ini Sebagai Perintis Kejayaan Hari Esok"

Monday 20 July 2015

Rumah Baru , Semangat Baru , Azam Baharu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera readers ! Ada ke readers yang nak singgah kat blog yang tak cantik ni ? Hahaha . Okay takpa :D Hmm , entah kenapa tetibe terasa nak type "entry" pepagi bute ni . Huhuhu . Baru ada masa sebenarnya . Ahaks . Maklumlah , bizi beraya . Kumpul duit . Ngeh ngehh . Biarkan semua tu . Tengok tajuk entry kali ni . Hah , nampak macam gempak kan ?! Setelah berjaya menghubungkan sel-sel otak aku , akhirnya dapat jugak aku "create" tajuk yang agak "gempak" begitu . Hohoho . Okay , apa yang aku nak cerita sebenarnya ? Hahaa . Apa mende rumah baru , semangat baru , azam baharu tu ? Ishh , pening ar ! Huishh . Sabar sabar :) Nak cerita arr ni ,,,. Hehee . Aku sekarang sudah bergelar MAHASISWA di sebuah Universiti tempatan .. nampak tak ? betapa bangganya aku , walaupun hanya dapat melanjutkan pelajaran di tempat yang biasa-biasa sahaja . Memang dari kecik , cita-cita aku nak study "Obesi" . Tapi disebabkan keputusan SPM aku yang tak "excellent" sangat dan agak "suam" mata memandang . Hehee , so tak dapatlah aku capai cita-cita zaman ribena aku . Huhuu . Takpe , takde rezeki . InsyaAllah , nanti ada lah tu kan .. "Eh , kau blajar mana sekarang ? Kos apa ?" Begitulah bentuk-bentuk soalan yang sering diajukan kepada aku baru-baru ni . Cewwah ayat aku ! Buku teks habis ! . Hahaha :P Jadi , jawapannya , sekarang aku menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Parit Tinggi , Kuala Pilah , Negeri Sembilan . Hohoo .. Sebelum ni , memang aku banyak kali dengar orang cerita pasal keburukan UiTM ni . Susah dapat kerja laa , apa laa . Huhuu . Tapi , aku percaya yang rezeki Rabb tu sangat-sangat luas . Dia yang atur rezeki kita , bukannya manusia . Huhuhu

Semua tempat belajar ada "pro" dan "cons" . Itu memang tak dapat dinafikan . Tapi terpulang pada kita untuk meng"handle" situasi tu . Sesuka hati jee guna "Manglish"! . Hahaha . Pada mulanya , aku pun rasa macam tu . Hehee . Tapi lepas mendaftar dan secara sahnya aku bergelar mahasiswa di sini , aku dapat rasa seronoknya belajar kat sini . Hehee . Mula-mula aku belajar , terasa jugak "cultureShock" sebab semuanya dalam Bahasa Inggeris . Masa sekolah menengah dulu , silibus dalam Bahasa Melayu . So , lebih banyak sel-sel otak aku yang berhubung disebabkan aku terpaksa "translate" istilah-istilah dalam kepada Bahasa Inggeris ! Jadi disebabkan itu, aku memilih untuk meminum susu Anmum Essential . Eh merepeknya aku ! .. Gurauu gurauu.. Hahaha :P Oh , lupa nak bagitau yang aku kat sini merupakan pelajar "Diploma in Microbiology" Jadi soalan kedua mula dilontar kepadaku yang berbunyi "Eh , apsal kau amek diploma ? Lamaa lah nak tunggu ! Kenapa tak pergi Matrik , A-Level , International Bacchalaurette(abaikan ejaan) dan etc ?" Jadi jawapannya ialah , aku tak layak nak buat semua bende tu . Huhuhu . Rezeki aku dah tertulis yang aku akan bermula dengan Diploma . Jadi , aku terima semua mende tu . Pernah dengar kata-kata ni ? "Di mana anda bermula itu tidak penting , yang penting ialah di mana anda berakhir" Jadi , aku rasa macam aku nak "stick" dengan kata-kata ni . Nabi S.A.W bersabda "Menuntut ilmu itu adalah menjadi kefardhuan kepada setiap Muslim" Masuk diploma bukannya tak belajar kan ? Wallahua'lam Huhuu . Ini dah rezeki aku , jadi aku akan teruskan jugak ! Biarlah lama punn . Janji dapat kepuasan belajar , InsyaAllah :)

Nak tahu apa yang best sangat belajar kat sini ? InsyaAllah nanti aku akan post entry yang seterusnya . Khas untuk mereka yang baru nak melangkah ke alam Pengajian Tinggi ni kan . Hehe , aku bercakap macam dah lama jee berkecimpung . Hahaha . Padahal baru sebulan lebih . Tapi takpelah , pengalaman lagi best kalau dikongsi . Betul ke idok ? Hehehe . Eh , trial SPM dah nak dekat kan ? So , aku ucapkan Selamat Menduduki peperiksaan Percubaan SPM 2015 kepada team 1998 . Semoga berjaya ! Sape-sape yang "excel" keputusan trial , mohonlah Mara , pergi Jepun . Hehehe . Promote !  :P Rasanya macam dah panjang jee aku bercerita . Hahaa . Okay , cukup sampai di sini sajaa . Hehehe . Macam "lagu" :P Assalamualaikum :D

"Inilah Bangunan Pentadbiran kat Kampus kitorang ! Nampak kabus tu ? Hehee"

Friday 24 April 2015

A Journey Begin



Assalamua'laikum dan Salam sejahtera :)

First entry , saya budak baru . Sila beri tunjuk ajar . Hehe :D Update first entry dengan menggunakan telefon pintar .. Persoalannya , pintar ke ? Eh , okay-okay , melalut jee :3 Kita start okay ? Saya mulakan dengan lafaz yang mulia Bismillahirrahmanirrahim :)


"Dah masuk bulan April dan mesti semua tahu apa yang terjadi masa 1 April lepas kan ? Okayy , taknak cerita pasal mende tu . Hoho . Harini dah 3 April . Jadi sudah sebulan calon SPM 2014 amek result depa kan ? Hehe . So , apa apapun tahniah untuk korang yang dapat keputusan yang Cemerlang tuu . So , apa next plan ? Kahwin ? Oh noo ! Haha .. Langkah yang baik jugak sebenarnya . Tapi mestilah yang cemerlang-cemerlang semua nak fokus untuk future study kan ? Paling tidak dah pegang Degree baru fikir pasal kahwin . Tak gitu ? Hoho :D Saya pun calon SPM 2014 jugak sebenarnya . Update entry nii hanya untuk berkongsi pengalaman saya sepanjang bergelar calon SPM dengan adik-adik semua . Haha . Boleh ke nak panggil adik ? Okay-okay . Macamana soalan SPM 2014 aritu ? Ehem ehemm . " Soalan macam biasalaa .. Kalau matematik , ada nombor " Haha . Adakah itu sudah cukup untuk menjawab soalan ? Hihi .Sabo jela :) Start dari tahun lepas , soalan SPM pada saya lain sikit . Sikittt jee , iaitu munculnya soalan-soalan KBAT(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) atau HOTS(High Order Thinking Skill) . Mesti korang cam takut kan ? Eh , buat apa nak takut ? Soalan lembaga yang buat . Bukannya makhluk asing dari Planet Namek . Haha . Okay bergurau jee :P So , macamana soalan KBAT tu ? Sebenarnya soalan agak simple dan senang laa . Cewwah . Trust me ! Sangat senang kalau korang faham laa kan . Tak faham ? Mcamana nak buat ? Hehe . Mintak lah pada Rabb . InsyaAllah Dia tolong masa dalam PEPERIKSAAN nanti . Yakin ! Hehee . Banyakkanlah buat solat Hajat . Sapa yang duduk asrama , boleh ajak kawan-kawan buat sekali :) Kalau kawan taknak buat ? Buat ajela sorang-sorang . Ni pun satu lagi perangai manusia . Suka sangat ikut orang . Jangan okay , JANGAN ! Bukanlah tak bagus kalau nak ikut . Tapi tengok keadaan jugak . Kalau mende baik , of course tak salah kalau nak ikut . Tapi bila mende tu negatif , tak payah ikut . Biarkan depa dengan dunia depa . Kalau boleh , nasihat la sikit . Hohoo . Dakwah perlu diteruskan ! Jyeahh !

Lastly , untuk ahdik-ahdik yang bakal menghadapi SPM tahun 2015 ni , saya ucapkan Selamat Menduduki peperiksaan . Cewwah , lambat lagi . Eh , mana ada lambat . Kalau bukan sekarang , bila lagi ? Cewwah . Macam Kilauan Emas . Ahaks . Korang struggle laa . Actually , SPM ni cuma tiket jee untuk masuk mana-mana . Tak semestinya result korang teruk , korang tak boleh nak buat apa-apa . Betul tak ? Kalau nak sambung belajar , banyak IPTK kat Malaysia ni . Teruskan berdoa . InsyaAllah , ada peluang :)



Dan kepada mereka yang dah nampak macam nak dapat straight A+ , teruskan usaha anda . Doa sangat penting . "Apa-apa yang kamu dapat nii , semua Allah yang bagi . Bukan sebab usaha kamu . Kalau kamu usaha mati-matian sekalipun , kalau Allah taknak bagi . Jadi kamu takkan dapat"

Begitulah kata-kata yang sering disampaikan oleh Cikgu Biologi saya :) Doa kan senjata Muslim . Jadi , teruskan berdoa okay . Sekian saja syarahan saya pada hari ini . Cewwah . Haha :P . InsyaAllah entry lain bakal menyusul . Assalamua'laikum kepada blogwalker sekalian :D